Rasanye dah lama tak menulis dalam blog. Semenjak En.MH lambat bayar broadband ni...wah3. Susah betul nk muat naikkan gambar. SABOR JER LAAAA...... Hanya untuk menulis dahulu,gambo saya akan masukkan kendian yek...
2 minggu lepas, saya ke Sabah sebab nak melihat anak sedara baru saya. Baby kepada Pn. Normas Idayu yang kini selamat melahirkan anak lelaki ke-2. Berat baby 3.4kg. Bersalin normal....alhamdulillah, selamat semuanya. Jadi, dengan pertolongan dia,dapat ler saya menziarah sambil cuci2 mata di KK.
First time ni naik kapal terbang, wah...tak dapat nak dibayangkan...macam2 dalam hati. Perasaan bercampur baur,suka ada, takut pun ada, kesian pun ada....hehehe. Sebab.....SUKA, dapat tengok negeri dibawah bayu, first time naik kapal, pengalaman yang tak boleh dilupakan. TAKUT, sebabnya pegi berdua sahaja dengan MIA ATHIRAH HUSNA. KESIAN.....sebab kene tinggalkan anak yang lagi 3 orang tu dengan ayah dia...no budget ler katakan....huhu
Saya try naik FIREFLY, kesimpulannya agak bagus jugak. Terkejut bila kapal terbang tu dah start enjin untuk naik ke udara dan nak mendarat....hehe. Kalau En.MH naik kapal terbang, saya rasa mesti dia pening2 dan muntah2. Sebab En..MH ni pun boleh tahan gayat jugak...
Keluar dari KKIA, saya tengok KK macam Cameron pun ada. sejuk dan berawan. Cahaya matahari yang terik, kurang cahayanya. Tapi, memang sejuk ler...seronok duduk kat sini. Malamnya, mak mertuaku mengajak untuk makan seafood di tepi laut. Perghhhh....memang sedap. Apa taknya....makanan laut kt situ semuanya fresh.
Hari Sabtu, hanya ke pasar besar KK, malam tak boleh nak keluar sebab hujan. Ahad pagi, jalan2 lagi ke Pasar Borong Filipina. Macam2 ada....rambang mata den nk membelinya. Akhir sekali, belikan sedikit cenderahati untuk kawan2 PERMATA, keychain dan baju untuk En.MH dan anak2. Opssss....tak lupa jugak kek batik Sarawak.
di KLIA.....tgh tggu nak naik kapal terbang..
ini ler anak sedara den yang kedua.
baby boy lagi...
sesi minum susu...diwaktu pagi secara berjemaah..
athirah husna n sepupu-muhammad muadz
bersama dgn mak mertua selepas makan malam kt tepi laut
erkkk!!!!!!....alhamdulillah, ikan n udang bakar
atuk pun ikut sekali, tapi mestinya asyik nak mengetih aje...
minuman faberat "TEH TARIK"
tak dapat satu hari....mengelupur ler jawabnya...huhu