Sunday, April 3, 2011

JEJALAN @MELAKA

Salam....
   Disebabkan En.MH kene berkursus di Puteri Resort Hotel, maka dengan sukacitanya beliau mengajak kami sekeluarga gi ikut jugak. JALAN-JALAN CARI MAKAN.....tukar2 angin.  Seingat saya pun,kali terakhir kami berjalan ke Melaka pada Ogos 2008. Kali ni, anak2 pun dah besar...tang no 1,2 n 3 ler paling bersemangat sekali.  "Ayah, nak pergi Zoo Melaka" "Nak tengok Muzium Lebah"....Nak itu...Nak ini...pening2 kepala ummi. iyelah 3 kepala nak dilayan serentak.

   Tanya kat Puteri Resort, ada bilik kosong tak. "Maaf Pn, bilik semua dah penuh"....haha. Padan muka, sapa suruh tak call, booking dulu. Terpaksa ler cari hotel lain. Nasib baik,gi tanya dengan Hotel Seri Malaysia kat sebelah tu ada bilik kosong. Kalau tak,menapak jauh ler kitaorg. Aktiviti pertama anak2, mesti ler pakat mandi kolam. Hari pertama, pakat terjun kolam Puteri Resort, hari terakhir...pagi2 lagi lepas sarapan, gi terus terjun Seri Malaysia.....ragam anakkan,,,layankan jer ler....

bilik di Hotel Seri Malaysia

sempat berposing depan Puteri Resort

sebelum balik...beca time...hehe

kat muzium lebah,baru lepas minum madu...

sebelum balik, singgah kat Zoo Melaka...antara permintaan 
asyraf hakimi


No comments:

Post a Comment