Saturday, August 13, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA TASKA PERMATA PERPADUAN, BANDAR SAUJANA PUTRA

Assalamualaikum....

Hari Sabtu. 13 Ogos 2011 bersamaan 13 Ramadhan 1432H
Majlis Berbuka Puasa, Taska Permata Perpaduan.
Bandar Saujana Putra.

Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar.
Terima kasih kepada Ketua Pendidik, Pn Norhafiszah Baba
yang banyak berusaha dalam menjalankan majlis ini
Kepada semua pendidik, cikgu Nadia, Cikgu Sulaiha dan Pembantu Pendidik
Cikgu Kamisah dan tidak lupa juga kepada semua parent yang sangat2
membantu dalam menjayakan lagi program ini.

Ribuan terima kasih kepada Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Langat
Pn. Zanariah Suleiman yang hadir bersama2 suami dan anak.
Suasana amat meriah kerana masing2 melayan kerenah anak2.
Biasalah dengan anak,mesti tak lekang dengan tangisan,ketawa,
renggekan...emmm..macam2 lagilah...

Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Langat
Pn. Zanariah  Suleiman.

Thanks...

Monday, June 6, 2011

JALAN-JALAN KE MYDIN

salam...
dah lama gambar nie ada dalam handset
baru la ni dapat di keluarkan
jadi nak jadi cerita
kami2 mengikut En.MH pergi ke.....
MYDIN SUBANG JAYA..
nak beli hamper 
sebab En.MH ada buat program 

so...tengah menunggu2 dan menanti2
sempat lagi budak2 ni berposing2 
jom tengok
mohd. azizi hakim a.k.a adik ipar den yg no.6

masing2 rambut pendek lagi...
asyraf gelak sampai tutup2 mata...haha

nak try masukkan gambar lagi....tapi internet cam hampeh...tak cantik gambar jadinya....
apa2 pun...Mydin Subang pasti akan ku jejaki jua bila nak mencari hamper yang paling murah dan berbaloi-baloi....thanks yo...

salam

Friday, May 20, 2011

PROGRAM JALINAN KASIH OLEH PTPL

Salam.
nak bercerita tentang program yg dijalankan ditempat
tingal saya....PADANG JAWA le.
program jalinan kasih untuk ibu tunggal.
aktiviti dari khamis malam hingga ke hari jumaat tengahari.
malam tu cuma buat rewang2 nak masak
esoknya baru lah program yg sebenar2nya.

bagus jugak pihak pengurusan PTPL mensyaratkan
kursus untuk buat program kemasyarakatan
kalau tak...tak adanya budak2 PTPL nak kenal
apa itu masyarakat?
terutamanya,ibu tunggal, anak yatim, warga emas @OKU
betul tak?

antara aktiviti yang dijalankan,
aktiviti mewarna bersama kanak2,
ada dijemput tadika yang beroperasi di padang jawa.
make-over daripada pensyarah ke ibu2 tunggal
termasuklah mak mertua den sekali.
tengok ler gambo tu


sesi tgh meng'make-over'

setelah siap..dapat JOHAN tu...
jgn tak caya mak mertua den yo

aleeya masuk aktiviti mewarna
tapi susahnya nak suruh dia colour
macam2 jer alasan dia...kejap nak makan ler
kejap nk kipaskan ler...panassss


kan dah kene tolong dgn kakak PTPL

akhirnya....aleeya mewarna jgk

inilah hasilnya...amacam...CANTEK TAK!!!!

sesi bergambar apabila tamat program..
jumpa lagi






Monday, May 2, 2011

PUSAT SAINS NEGARA

Salam....


Menjenguk kembali bercerita tentang anak2.  Nak sangat tengok dinasour..jadi pakat2 ler dengan En.MH nak bawak anak2 gi Pusat Sains Negara.   Kali pertama pergi,keluar pukul 2, tapi di sebabkan tak tahu jln dan pakat redah sesaja dan mangikut tafsiran En. MH ( mentang2 lah pakar jalan sbb keje membanci aje....huhu) akhirnya tak jadi pegi sbb tersesat jalan.  Jumpa2 dah pukul  5 kat PSN.  Jadi,terpaksa cakap ngan anak2.."Kita pegi minggu depan aje lah ye"...sedih je muka sorang2...huhu


Minggu berikutnya, janji mesti dikota.  Asyraf asyik bertanya, jadi pegi...dengan berbekalkan GPS yg E. MN baru beli...(wah~teruja nak mene-try) akhirnya sampai jugak ke PSN.  Kalau si Aleeya (anak no.3) menangis2 tak nak masuk. Ape taknya, takut sangat tengok dinasour yang besar tu, ngan gigi yang tajam2 lagi....teruk bebenor nampaknya...


aleeya tak bergambo sbb takut dinasour kt belakang tu...huhu

selepas menangis dan keluar dari dewan pameran
baru ler nak bergambo

tgh cuba kat cermin

dekat depan pintu masuk ke bahagian dinasour

athirah husna...ummi gunting rambut depan dia
disebabkan tak reti diam,tu yang senget..huhu


Wednesday, April 20, 2011

SEPULUH KAEDAH MERAIH KEBAHAGIAAN

Bersabarlah,
kerana Allah akan mengisi kesusahan dengan kemudahan,
Mudah-mudahan,
kesusahan itu akan lenyap dengan segera

       Seorang pakar psikologi Amerika (Dr, Dicks) mengatakan "Kehidupan yang bahagia adalah seni keindahan yang memiliki sepuluh kaedah" iaitu:
       1. Melakukan pekerjaan yang anda sukai.  Walaupun hobi anda, disaat masa terluang.

        2. Ambil berat terhadap kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa ketenangan, iaitu dengan mengatur rutin makanan dan minuman tanpa berlebihan, membiasakan olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan.

       3. Harus memiliki tujuan dalam hidup.

       4. Menjalani kehidupan apa adanya dan menerima baik yang manis mahupun yang pahit, dengan hati yang lapang.

       5. Hayati hidup ini, jangan menyesali hal yang sudah berlalu, dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba.

       6. Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan.  Jangan menyalahkan orang lain diatas keputusan anda atau sesuatu yang menimpa anda.

       7. Sentiasa memandang orang yang berada di bawah.

       8. Biasakan diri anda untuk murah dengan senyuman, berjiwa periang dan berteman dengan orang2 yang optimis.

       9. Membantu orang lain di dalam kebahagiaan agar mendapat harum kebahagian darinya.

      10. Pergunakan kesempatan yang ada dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan.

Jadi, 
sahabatku semua,
sama2 lah kita berdoa untuk kebahagiaan kita
di dunia dan di akhirat.
AMIN......

Sunday, April 3, 2011

JEJALAN @MELAKA

Salam....
   Disebabkan En.MH kene berkursus di Puteri Resort Hotel, maka dengan sukacitanya beliau mengajak kami sekeluarga gi ikut jugak. JALAN-JALAN CARI MAKAN.....tukar2 angin.  Seingat saya pun,kali terakhir kami berjalan ke Melaka pada Ogos 2008. Kali ni, anak2 pun dah besar...tang no 1,2 n 3 ler paling bersemangat sekali.  "Ayah, nak pergi Zoo Melaka" "Nak tengok Muzium Lebah"....Nak itu...Nak ini...pening2 kepala ummi. iyelah 3 kepala nak dilayan serentak.

   Tanya kat Puteri Resort, ada bilik kosong tak. "Maaf Pn, bilik semua dah penuh"....haha. Padan muka, sapa suruh tak call, booking dulu. Terpaksa ler cari hotel lain. Nasib baik,gi tanya dengan Hotel Seri Malaysia kat sebelah tu ada bilik kosong. Kalau tak,menapak jauh ler kitaorg. Aktiviti pertama anak2, mesti ler pakat mandi kolam. Hari pertama, pakat terjun kolam Puteri Resort, hari terakhir...pagi2 lagi lepas sarapan, gi terus terjun Seri Malaysia.....ragam anakkan,,,layankan jer ler....

bilik di Hotel Seri Malaysia

sempat berposing depan Puteri Resort

sebelum balik...beca time...hehe

kat muzium lebah,baru lepas minum madu...

sebelum balik, singgah kat Zoo Melaka...antara permintaan 
asyraf hakimi


Saturday, March 12, 2011

BALIK KG JOHOR

salam.
   dah lama rasanya tak mencoret cerita di blogku. disebabkan dah lama tak balik Johor,rindu sangat dengan mak. 5 bulan jgk ler. balik masa hari raya aidilfitri, sampai la ni baru balik. mn ler saya tak rindu dengan mak,ayah n adik-adik....wah3.

  naik bas jam 9 malam dan sampai kat terminal larkin jam 2 pagi. inna, adik saya yang kedua datang ambil. boleh pulak on the way balik,singgah kejap kat Mc'D Ulu Tiram. sampai rumah jam 3.30 pagi. sampai rumah, boleh borak2 lagi. sama jer dengan anak2. jam 4.30 pagi baru nak tido. comform,bangun lambat ler nnt.

   anak2 yang mengikut saya balik, semuanya kecuali Aleeya.  Yang berusia 3 tahun tu. kesian tengok dia tinggal dengan wan kat rumah. tapi, dia yang tak nak ikut. kalau ikut hati memang nak bawak dia. hehehe.... Sekarang ni dah pandai minta kek birthday. "Ummi, nak kek princess". Alamak....kene tanya ngan ayah ye...

   macam2 nak buat tapi tak menjadi,sebab hujan memanjang kat sini. tapi yang penting, dapat jugak siapkan cup cake yang dibuat sendiri. kalau tak sungguh2,tak menjadi jugak. nnt try masukkan gambar . kat sini tak ada card reader. gambar tu lambat sikit ler..hehe

Salinah bt Saad
a.k.a Adik no2

adik dari kiri:
shafiq (no3), shazwan (no4), salleh (no5)

adik dari kiri:
sarif (no6), adik kembar dgn saleh(no5)
tapi kembar tak seiras.......
banyak sangat berbeza....tengok muka pun dah tau...wah3

antara cup cake yang berhasil dibuat
alhamdulillah...menjadi jugak

kalau nak rasa...meh kita cuba buat jgk...wah3

masih lagi mampu untuk makan walaupun jam dah tunjuk 
pukul 2.45 pagi.....