1) MUHAMMAD ASYRAF HAKIMI B. MURIZA HAZRUL
-asyraf anak sulung saya dan hanya dia ler seorg anak lelaki saya (lepas ni tak ada dlm perancangan lagi...wah3). Berusia 8 tahun pada 29 September 2011. Apa yang ayah dia nak buat, semua dia nak ikut. Termasuk semua program yang ayah dia adakan. Berlagak mcm org besar, tapi kuat menangis. Takut kene marah ngan cikgu....menangis,kerja sekolah tak siap....menangis, tak balut kitab sekolah agama...menangis, beg sekolah tertinggal kat rumah...menangis,.....ish...penat betul layan kerenah dia ni...hehehe
2)MIA ALFA HEZRINA BT MURIZA HAZRUL
- anak kedua ni ler rupanya. berusia 5 tahun pada 18 September 2011. sangat manja dengan wan (mak mertua ku) dia. sampai kalau tak balik umah 2-3 hari pun tak pe. Nak tidur kat rumah wan katanya. Pada hal, kat rumah wan dia ni,ramai kawan. Tu yang tak nak balik rumah sendiri, kalau balik pun, main dalam rumah jer. Sebab grill sentiasa dikunci...klu terlepas jawabnya...semua main kat jalan lorong rumah tu. Walau pun dah ada adik,tapi tak reti2 nak beralah....manja ler katakan...BANYAK CANTIK
3)MIA ALEEYA HAZIRAH BT MURIZA HAZRUL
-Haaaa.....yang ni No.3. Dah nak masuk 3 tahun pada 16 Mac 2011. Dari usia 2 tahun dia dah bersekolah di TASKA PERMATA PERPADUAN, SAUJANA PUTRA. Kalau nak dibandingkan dengan kakak dia, aleeya ni lagi expert. Tak kira le, dari segi apa pun....tapi ni ler kenyataannya bila anak masuk sekolah awal. Seronok tengok dia buat aktiviti di sekolah. Sebab...cikgu2 dia pun semua pangkat diploma dan ijazah....hehehe. Beruntung budak2 sekarang. Kadang2 anak murid dah jadi lebih expert dari parent...kuikuikui.
-Setakat ini, yang ini adalah BONGSU. Genap 2thn pada 12 Nov 2011. Sekarang baru setahun 2bln. Baru nak pandai cakap. Bahasa Jermen ker ape...tapi asyik membebel jer kerjenye. Kalau dia menangis senang jer nak pujuk...bagi jer ape pun jenis makanan,comform SENYAP terusssss....Panggilan dari mak cik dia..ATHIRAH DEBOT. Sebab antara ramai2, dia ni lah yang paling semangat dan debab sangat masa kecik. Paling kelakar kalau dia tak pakai baju dan baru lepas menyusu...eeemmmm, perut...masya allah, bulat semangkuk. Dia ni ada ezema, klu panas melampau, kegatalan akan melanda....cian anak ummi ye.
No comments:
Post a Comment