Saturday, January 29, 2011

OH! IBU MERTUAKU

 SALAM.....
    Hari ini merupakan hari ke-5 mak mertuaku berada di Sabah, bersama dua orang adik iparku.  Ummi Humaira dan Nurul Izzati. Pergi ke Kota Kinabalu bah. Mesti seronokkan tengok negeri orang.  Tapi hakikatnya, mak sedang menunggu adik iparku yang menetap di KK untuk bersalin.Tengah tunggu hari aje. Harap2 cepatlah Pn. Normas Idayu bersalin dan selamat semuanya...hehehe. Tak sabar nak tengok anak sedara baru ni.


   Maka, dengan secara automatiknya,kehidupanku berpusing menjadi 360 darjah. Apa taknye, sebelum ni anak2 yang bersekolah dan yang baby mak yang jaga. Kini, asyaf dan Mia dijaga oleh Kak Siti(jiran sebelah rumah mak) dan Athirah plk baru dihantar ke pengasuh berdekatan dengan taska. Alhamdulillah, masing2 pandai menjaga diri di rumah orang. Tanya dengan pengasuh. 


    "Athirah ok tak tinggal ke menangis?".
    Pengasuh:"Eh Cikgu! ok jer dia. Main dgn Balqis(anak pengasuh berusia 8 bulan). Kalau tido       
    pun dekat tilam bawah jer. Tak payah pakai buai pun". 
    Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah.


   Sekarang, kene remain semua barang2 anak.  Jangan ada tertinggal pun. Jawabnya, makan masa nak balik rumah sendiri amik barang budak2 ni.  Kadang2 tu, songkok asyraf tertinggal, beg sekolah kebangsaan plk.  Hari jumaat, Kak Siti telefon:


   "Fie, beg sekolah kebangsaan asyraf mana?"
    Alamak! Aku dah gelabah.....ingat balik2
   "Oh! Kat dalam rumah nenek dia"
   "Iye ker. Ketuk pintu tak ada orang buka plk?"
   Adoiyai.....pak cik dia (adik iparku jgk) tido mati ler plk....patut pintu tak buka.
   "Tunggu Cik Dayah balik ler kak"
   "ok2. Tima kasih ye"


   Macam ni ler kehidupanku, setiap hari pasti kepenatan dengan kerenah anak2.  Malam ni, nak gi Tuisyen Mawar plk. Ada kelas tahun 4. Tapi, inilah cabaran bagi seorang ibu muda beranak 4. Tak gitu..... Hidup perlu diteruskan, perjuangan masih belum terhenti, selagi hayat dikandung badan....Chaiyok!



Pn. Rahilah bt. Arsyad
a.k.a mak mertua

UMMI HUMAIRAH
a.k.a adik ipar bongsu

NURUL IZZATI
a.k.a adik ipar ke-7

Jumpa lagi.....







No comments:

Post a Comment