Wednesday, April 20, 2011

SEPULUH KAEDAH MERAIH KEBAHAGIAAN

Bersabarlah,
kerana Allah akan mengisi kesusahan dengan kemudahan,
Mudah-mudahan,
kesusahan itu akan lenyap dengan segera

       Seorang pakar psikologi Amerika (Dr, Dicks) mengatakan "Kehidupan yang bahagia adalah seni keindahan yang memiliki sepuluh kaedah" iaitu:
       1. Melakukan pekerjaan yang anda sukai.  Walaupun hobi anda, disaat masa terluang.

        2. Ambil berat terhadap kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa ketenangan, iaitu dengan mengatur rutin makanan dan minuman tanpa berlebihan, membiasakan olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan.

       3. Harus memiliki tujuan dalam hidup.

       4. Menjalani kehidupan apa adanya dan menerima baik yang manis mahupun yang pahit, dengan hati yang lapang.

       5. Hayati hidup ini, jangan menyesali hal yang sudah berlalu, dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba.

       6. Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan.  Jangan menyalahkan orang lain diatas keputusan anda atau sesuatu yang menimpa anda.

       7. Sentiasa memandang orang yang berada di bawah.

       8. Biasakan diri anda untuk murah dengan senyuman, berjiwa periang dan berteman dengan orang2 yang optimis.

       9. Membantu orang lain di dalam kebahagiaan agar mendapat harum kebahagian darinya.

      10. Pergunakan kesempatan yang ada dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan.

Jadi, 
sahabatku semua,
sama2 lah kita berdoa untuk kebahagiaan kita
di dunia dan di akhirat.
AMIN......

2 comments:

  1. saya pun setuju....klu tak,jiwa tak kuat apa tah lagi IMAN...berpegang pada tali ALLAH...insya allah

    ReplyDelete